Monday, October 18, 2010

Pemberian Bonus

Bonus???
ehem.. hati berbunga  bila membaca kenyataan di bawah.. 
yes!!
harap aku dapat gak.. 
amiinn.. 
hihi.. 
harap la ada.. betul.. dan dapat.. mari amiinkan ramai-ramai.. 



Keputusan pemberian bonus kepada penjawat awam bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan tidak memasukkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada Bajet 2011 kerana kekangan kewangan yang sedang dihadapi.
"Kita tidak mahu berlakunya defisit dalam kos operasi disebabkan pemberian bonus itu... bagaimanapun kita beri wang saguhati sebanyak RM1,000. RM500 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu sementara RM500 lagi pada hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Program Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun di Klebang Jaya pada Ahad.
Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun berkata, walaupun pemberian wang saguhati tersebut tidaklah begitu besar tetapi ia tidak memberikan kesan defisit kepada perbelanjaan kerajaan.
Jelasnya, kerajaan terpaksa berhutang sekiranya ingin memberikan bonus kepada kesemua 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang jumlahnya mencapai RM3.1 bilion.
Beliau berkata, masalahnya jumlah itu akan memberikan impak kepada perkembangan ekonomi negara kerana adalah menjadi dasar kerajaan untuk menurunkan kadar defisit kurang daripada 5.6 peratus yang dicatatkan sebelum ini.
"Kita akan menambah hutang kerajaan dan akan menyebabkan kita gagal menurunkan kadar tersebut kepada 5.5 peratus sekalipun, katanya.
Keadaan tersebut akan memberikan perspektif yang tidak baik di peringkat antarabangsa kerana negara mendapat kedudukan yang tinggi di mata mereka sebelum ini, ujarnya.
Sementara itu, keputusan kerajaan memansuhkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun tahun depan adalah bagi memastikan sistem penilaiankenaikan pangkat kepada penjawat awam lebih efektif dan efisien.
"Kita mendapat maklum balas yang sistem ini perlu diubah dan perlu mencari mekanisme baru untuk penilaian kepada mereka," tambahnya. 

 

yeah.. 
Cuti sekolah tak lama lagi. yeay
menyedapkan hati kerana terkenang sekolah ganti hari sabtu.. 

4 comments:

faizz said...

bersyukur wp sedikit....

Mohd Ariff said...

kami yg swasta ni lepas raya cina baru dapat..

Anak Gemilang said...

@faizz aHA..betul tuh.. at least ada. hihi..

Anak Gemilang said...

@Mohd Ariff xpa. biar lmbt. asal byk kan.. hehe..

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah