Thursday, August 11, 2011

Fida Ibrahim dan Mamat Sepah Bercinta???












"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.


Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.


Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."


"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.


Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.


"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.





aisehmen.. ramai la peminat fida nie gigit jari lepas nie.. dan kepada sesiapa yang nak dapat girlfriend macam fida.. korang create la tandatangan lawa lawa.. :) 





Salam Ramadhan Semua.. :) heee

14 comments:

miss nurul said...

ingt kn rafidah yg vlakon mami jarum tuu hehe

kak rose said...

comeyyyynye~~ hope depa cepat kahwin... mesti fida duk ketawe je pasni...ehik!

anak gemilang said...

@miss nurul nie fida kembar siti.. ;) hee

anak gemilang said...

@kak rose aha. betul tu. dpt maharja lawak.. tak kering gusi la fida.. apa pun..fida mmg sweeet.. :)

♥ Dea ♥ said...

gosip2.. hehe

alia shahira said...

laaaa yeke! hahaha. thanks info hangad hangad ni hehe =)

anak gemilang said...

@♥ Dea ♥ aok eh.. :) heeee.

anak gemilang said...

@alia shahira hehe. ni pun bukak home page yahoo td dpt info. thnks singgh taw.. :)

MR. MIND said...

untung suma kawen artis

anak gemilang said...

@MR. MIND 2 2 artis.. :) hee

Yunmiree said...

aiyoooo....glamor jugak sepah ya dpt bini lawa2..

cik wanie Lovela (CWL) said...

rafidah jenis tak memilih..dia cool

anak gemilang said...

@Yunmiree itu nama jodoh syg.. ~ heee

anak gemilang said...

@cik wanie Lovela (CWL) aha.. betul tu. thats y.. smua org suka dia.. :)

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah