Tuesday, April 30, 2013

Kaul; Berjimat Sambil Berpesta

Ramai yang berpendapat bahawa, apabila adanya pesta keramaian seperti Pesta Kaul ini akan membawa kepada keborosan berbelanja. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan untuk Pesta Kaul yang akan datang.. *entri sebelum ini lebih kepada aktiviti dan pengenalan pesta, kali ni nak bagi tips pulak* 

Kepada yang belum membaca mengenai Entri Pesta Kaul, anda boleh halakan mouse ke sebelah kiri. Klik pada tab Kaul. Semua post sebelum ini ada di situ.. :) 


Baiklah, mari kita baca tips di bawah untuk perkongsian bersama.. :) 






Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk ke Pesta Kaul Jika anda mahu merancang untuk datang ke Pesta Kaul, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan untuk Pesta Kaul ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda. Jadi anda tidaklah terpaksa berlapar perut kerana tidak cukup belanja semasa kaul bukan.. :)



Bajet semasa Pesta Kaul 

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda berada di sekitar Mukah, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa berada di sini adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan.


Tempahan awal


Ini adalah masalah lazim bila menjelang pesta kaul. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah hotel atau rumah tumpangan lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah agak sukar tidak begitu bernasib baik. Alamat ada pulak yang tidur dalam kereta. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa berkaul di Mukah. Mudah saja, anda perlu menelefon awal dan membuat bayaran pendahuluan.




Berkaul bersama keluarga


Jika hadir ke pesta kaul bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Adalah lebih selesa dan menjimatkan untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa berada di Mukah, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang cukup. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting. Antara peralatan yang boleh dibawa sebagai kelengkapan adalah rice cooker. Di mana anda boleh memasak sendiri nasi. Mungkin multicooker juga boleh di bawa bersama. Jadi anda boleh save bajet untuk sarapan dan makan malam :)






Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke Mukah, pastikan anda mengetahui serba sedikit selok belok jalan untuk ke tapak pesta. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat di sekitar Mukah. Mungkin setelah penat di Pantai Kala Dana, anda ingin pergi ke Medan pula. Medan adalah cukup glamour dengan ABC yang memberikan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang cepat dan selesa. Anda boleh duduk makan di sini sambil makan mee kolok di kedai Man Mee.. Aw... tetiba lapar..






Pengangkutan

Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Contohnya anda ingin berjalan di sekitar Kampung Tellian untuk melawat ke Lamin Dana, atau melawat sekitar bandar Mukah, anda digalakkan untuk berjalan kaki jika jaraknya adalah dekat. Jika jauh, bergeraklah secara berkumpulan dengan berkongsi kenderaan. Justeru, anggaran perbelanjaan perbelanjaan kaul anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai bersama teman teman.







Ole-ole/ buah tangan

Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke Mukah untuk mendapat info yang sahih dan jelas. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.






Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan untuk ke Tapak Pesta Kaul untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Manalah tau ketika anda leka melihat pengunjung bermain tibow, anda diseluk saku. Dana ini disarankan disimpan di dalam Bank. Dana ini juga boleh membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.



Ha.. itu sahaja. sekian tips dari saya..Semoga tips ini anda boleh aplikasikan untuk kaul yang akan datang. Bukan setakat kaul, anda boleh amalkan tips ini untuk bercuti atau berkhemah bersama keluarga.






kepada sesiapa yang hadir ke Tapak Pesta sudah pasti tahu di mana lokasi khemah ini bukan..
Ini juga satu tips penjimatan untuk orang bujang yang inginkan cabaran dan merasai peluang untuk berkhemah di tepi pantai..
Anda boleh aplikasikan ini semasa datang berkaul di Mukah..

Kita Berkaul adalah lebih kepada motif untuk bergembira dan berpesta,  jadi, marilah kita mengurangkan belanja... 

*tips ini amat berguna kepada pelajar yang masih menuntut di PMU atau UITM juga.. * Mohon simpan ptptn anda untuk perkara yang lebih utama ;) 
kerana aku student.. aku mengerti.. :) 


Anda juga boleh membaca entri kaul lain dengan menghalakan mouse pada sebelah kiri. Klik pada Tab Kaul.. 




Terima kasih.. 





Kemeriahan Kaul 2013

Kembali menaip pada hari ini untuk menaip entri mengenai kemeriahan Pesta Kaul 2013. Entri disajikan dengan gambar yang menarik dan boleh mengujakan sesiapa yang melihatnya.. pagi tadi rakan sekuliahku bertanya, apa uniknya pesta kaul ini, dan apa aktiviti lazim selain tibow ini yang mampu menonjolkan elemen perpaduan di samping mampu menarik minat pengunjung untuk hadir di Pesta Kaul yang seterusnya.. Kalau dah masuk takwin pelancongan, sudah pasti pesta ini mempunyai nilai tersendiri yang menarik minat pengunjung untuk memandu kereta berjam jam dan bersekang mata untuk melihat sendiri apa uniknya Pesta Kaul ini. Baiklah, kembali bercerita :) 

Lazimnya upacara perasmian rasmi Pesta Kaul ini disajikan dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum dari Bahagian Berdekatan. Di sini dapat dilihat elemen perpaduan di antara kaum di sekitar Sarawak. Suku kaum masing masing akan membuat persembahan tarian mengikut etnik dan kebudayaan masing masing. Apa yang menariknya, anda akan dapat melihat secara langsung sekiranya berada di tapak pesta kerana persembahan ini adalah dipersembahkan di Tapak Pesta Kaul. Keunikan budaya dapat dilihat di sini. Lazimnya tarian ini bukan sekadar dipersembahkan oleh golongan belia semata, namun turut dipersembahkan oleh kanak kanak  sekolah. Wujud elemen toleransi dan penyerapan budaya etnik masing masing di situ. Benarlah kata orang, melentur buluh biarlah dari rebung.. Jangan la asyik  mengikut tarian KPOP dan Oppa Gangnam Style semata.. Sarawakian Style pun apa kurangnya.. Jom tengok gambar di bawah.. 

Saya memilih gambar ini dimuat naik sebagai gambar pertama, kerana keunikan si cilik ini dalam membuat persembahan.  Terselit kebanggaan yang sukar dibayangkan ketika membuat persembahan. Tidak ramai yang punyai semangat dan jati diri seperti beliau. Aksinya ini cukup memukau memaparkan kebanggaan sebagai suku kaum Bidayuh.. You are awesome! :) 



 Penari mewakili Perstuan Bidayuh Mukah melangkah masuk ke Tapak Pesta 

 Kreativiti tarian yang dipersembahkan memukau pengunjung
 Tarian oleh suku kaum Iban

Lazimnya, pengunjung begitu teruja untuk hadir ke Majlis Perasmian kerana, persembahan yang disajikan adalah kababooom dan hebat. Dengan elemen keunikan dari pelbagai kaum, disajikan dengan elemen muzik, pakaian, gerak tari dan persembahan tarian, ramai akan mengerumuni kawasan pentas utama. Di sini akan dapat dilihat elemen perpaduan dan kerjasama. Bukan senang untuk membuat persembahan dalam kelompok yang agak ramai begini.. 


 Persatuan Melanau Kuching



Dengan adanya persembahan kebudayan sebegini, setiap kaum di sekitar Sarawak akan dapat menonjolkan kepada masyarakat luar tentang keunikan yang ada dalam elemen pemakaian masing masing. Lazimnya setiap kaum akan memakai pakaian tradisional lengkap mengikut suku kaum masing masing. Elemen kemeriahan dapat dilihat dalam langkah tari dan keceriaan para penari yang membuat persembahan. Jadi, tidak rugilah kepada mereka yang telah merakamkan kenangan sepanjang pesta kaul ini diadakan. 



Sebenarnya, banyak usaha boleh dilakukan atas kesenian serta kebudayan tersebut bagi memastikan minat orang ramai terhadap kesenian ini berkekalan serta lebih menarik lagi.  Dengan adanya persembahan sebegini sewaktu Pesta Kaul, sudah pasti akan terbit minat dalam hati golongan muda khususnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam keunikan budaya setiap kaum. Malaysia, khususnya Sarawak, terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Penduduk pelbagai kaum ini sudah tentu mempunyai pelbagai bentuk kebudayaan.Maka, elemen persembahan sebegini adalah wajar dan patut dikekalkan di masa masa akan datang. 

Kebudayaan sesuatu masyarakat menjadi satu identiti. Oleh itu, adalah penting bagi generasi muda mengetahui serba sedikit pelbagai bentuk seni dan budaya yang diwarisi. Usaha penerapan budaya ini merupakan unsur-unsur budaya yang penting kerana pelajar merupakan generasi penyambung warisan. Gabungan elemen persembahan ketika Pesta Kaul ini adalah cukup untuk memberikan gambaran tentang uniknya variasi kaum di Sarawak.. Dengan frasa ringkasnya, Spektrum Budaya di Sarawak.. 

Rasanya kepada yang hadir sudah pasti dapat merasakan seperti anda  menonoton citrawarna Malaysia secara langsung. Dengan  memaparkan elemen perpaduan itu, sudah cukup untuk membuktikan kepada kita, semangat perpaduan ini harus dikekalkan. 

Ayuh! kita hayati erti perpaduan di Malaysia.. :) 


Credit photo to : Garadi Galau 


Monday, April 29, 2013

Kaul: Dalam Kepelbagaian


Entri kali ini ditaip lebih panjang sebab aku dah dua hari tak update. Sibuk berpantun. Orang di Mukah pun sibuk bertandak dan bermukun. So, sebagai orang Sarawak, aku pun meneruskan warisan melayu dan melanau itu di bumi Malaya. Itu aku cerita next entri ya. Kali ni, aku nak review pasal kaul dulu. hiks. Gambar di atas adalah gambar permainan tibow?  Tentu anda semua masih tertanya tanya. Apa tibow sebenarnya.. 


Permainan tibow ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda berkaul. Dahulu, permainan ini juga adalah permainan untuk mencari jodoh. (ini orang dulu dulu cerita la). Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut. Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak. Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.



Dengan membaca sedikit info di atas. Satu perkataan cukup untuk merungkaikannya. Tibow memang unik. Buktinya, permainan dan penceritaan tentang permainan tibow oleh kaum melanau ini telah dibukukan. :) aku sebagai anak melanau bangga. siapa tak bangga kalau adat dan permainan kita mendapat tempat di dalam buku. Itu maknanya bangsa kita unik bukan ;)

abaikan lakaran aku yang comot itu kerana aku ingin melakarkan bagaimana rupa tibow itu kepada rakan sekuliah sebenarnya.. 


Baiklah nilai kepelbagaian yang boleh dilihat dalam permainan tibow ini, adalah permainan ini adalah permainan multifunction. Ha. ingt phone je ada banyak function.. heeee..  Dengan bermain tibow ini kita sebenarnya boleh beriadah dan  mengeratkan silaturahim di kalangan belia dan orang dewasa. Orang yang dewasa boleh la mengajar kepada golongan remaja bagaimana TIBOW ini dimainkan. Maka, jurang komunikasi mampu dieraTKAN.... Malah, dengan bermain tibow ini juga kita boleh release stress.. dengan bayu pantai yang dingin..heee.. rasa macam terbang buat bungy jump je.. 


fokus kepada budak berbaju putih.. haaa. di situ la nampaknya aspek bungy jump. di mana beliau melompat dari tangga dan berpaut pada tali ayunan.. 

untuk bermain tibow ini, anda perlu berani.. kalau tak berani pun, sudah pasti akan terdetik perasaan itu untuk mencuba. Apatah lagi di pesta keramaian kaul, ramai anak muda yang bermain tibow ini. Di mana mereka akan berpaut dan bertahan selama mungkin. Di sini kita akan dapat melihat aspek ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal. Yang kuat daya tahan dan kekuatan otot lengan dan tangan akan terus bertahan. Lebih mencabar kalau lebih ramai pemain. Selain itu, permainan ini dilihat mencabar keberanian. Seperti  mana yang saya katakan tadi, dengan hanya melihat, anda sudah terdetik untuk mencuba. Ha.. apabila anda ingin melakuan lompatan, anda perlu membuat telahan sendiri dengan melihat kepada tahap keyakinan anda.Takut nanti. anda melompat pada tali buaian di waktu yang salah. Jadi kena bijak yea.. :)


Malah, kanak kanak juga boleh dibiasakan dan diperkenalkan untuk bermain tibow ini, agar mereka tahu adat dan budaya melanau ini. Dengan adanya pesta kaul ini, guru guru juga boleh memperkenalkan kepada anak anak murid cara dan aspek yang perlu diberi perhatian untuk bermain tibow ini. Selain membawa mereka beriadah dan berekreasi, mereka akan lebih tahu mengenai adat dan budaya tradisional masing masing. Bagaimana tibow itu dimainkan, aspek keselamatan dan sebagainya. Jadi mereka sendiri akan lebih teruja dan dapat mendalami adat dan tradisi budaya masyarakat Melanau itu sendiri.



Malah ketika pesta kaul ini dijalankan, masyarakat luar ataupun masyarakat setempat boleh melihat sendiri uniknya adat dan tradisi masyarakat melanau. Mereka akan dapat melihat sendiri pakaian tradisi melanau. Malah, ada di kalangan pengunjung yang hadir akan memakai pakaian tradisi melanau di tapak pesta kaul.  Unik bukan? jadi inilah peluangnya. 


Di tapak pesta kaul juga..  kita akan melihat serahang ini dipacak/didirikan. 


sedikit info mengenai serahang

Serahang ialah "kepala hantaran" kepada ipok. Ia perlu dibuat mengikut motif tertentu. Motif pada serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya sejauh yang berkaitan dengan ipok. Lambang itu menggambarkan bahawa ia ada kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan tujuh lapisan di atas dan tujuh lapis di bawah.Motif-motif pada serahang turut melambangkan imej ipok laut, darat, dan udara. Motif yang sesuai dan cukup akan menyenangkan hati ipok. Serahang yang diperbuat daripada bahan-bahan berikut - buluh, tedieng, semat, daun nyipah muda, daun iseng dan daun tegoh - disediakan beberapa hari sebelum kaul.Sebahagian daripada bahan itu tidak mudah diperoleh kerana ia perlu dicari dari dalam hutan.Serahang dibuat oleh wanita kerana motif-motif tertentu memerlukan mereka yang teliti, dan ini sesuai dengan sifat wanita.
Jadi kepada yang telah hadir ke tapak pesta, anda sudah pasti dapat melihat serahang bukan :)  




sekian untuk entri kali ini.. 
Jumpa di entri seterusnya.. 

Kemeriahan Kaul 2013 

Credit Certain photo to my cousin... 
Noraini Junaidi... 



Saturday, April 27, 2013

Kaul Mukah 2013; Connecting Each Other...



Berjalan jalan di kampung kuala
Berjalan sambil membawa gula
Pesta Kaul sudah bermula
Marilah kita bertemu semula

Angin berdesir di angin lalu,
langkah diatur membawa sepatu
Rindu pada kenangan lalu
Hanya kaul tempat bersatu

Kuih tradisi kuih bahulu,
Makan selalu memang tak jemu
Teringat  memori  yang telah berlalu
Di sini jua kita bertemu



Pesta kaul adalah sinonim dengan pertemuan. Ramai anak muda, mahupun golongan yang telah menganjak dewasa akan memilih waktu kaul itu sebagai reunion.  Mengapa? Kerana kaul  itu adalah waktu pertemuan yang sesuai kerana lazimnya kemuncak persta kaul akan dilakukan pada hujung minggu. Kepada yang sudah berkeluarga, boleh la membawa anak anak ke tapak pesta untuk melihat sendiri aktiviti yang sedang dijalankan. Dengan  itu anda akan dapat melakukan banyak perkara dalam 1 masa. 
 
  • Dengan berpesta, anda akan dapat membawa keluarga anda berhibur secara sihat
  • Melapangkan masa bersama anak anak dan keluarga
  • Bertemu sahabat handai
  • Berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling
  • Dan yang pasti anda sendiri akan mengenang memori lampau.. lebih lebih lagi anak tempat an yang lahirnya, bersekolah dan membesar di Mukah, namun disebabkan faktor kerja dan berhijrah ke tempat lain, Kaul Mukah itu adalah simbolik kepada pertemuan .

Anda pasti akan melalui peristiwa seperti terserempak dengan sahabat di jalanan. Walaupun sebelum ini anda tidak pernah menegurnya. Apabila bertemu di tapak pesta.. Wow.. eh. Bila sampai? Itu soalan sinonim.. bagi yang telah berkeluarga.. Datang sorang ke? Mana anak isteri? J


Baiklah, itu adalah bagi yang ingin mengenang kenangan lampau. Bagi generasi muda pula, dilihat kaul itu adalah peluang dan ruang untuk melihat pesta itu sebagai wadah mencari ilmu. Dengan adanya pameran dari agensi kerajaan. Pelbagai info dan output  boleh  diperoleh. Dengan ini, mereka boleh mendapat maklumat secara lengkap dan terus dengan bertanya kepada urus setia yang bertugas.  Malah, dengan adanya pameran sebegini, orang awam juga boleh mendapat info yang telus daripada mendengar  khabar angin daripada sumber yang tidak sahih..





Bagi masyarakat tempatan umumnya, mereka akan dapat berinteraksi dengan orang luar. Dengan ini, masyarakat tempatan boleh merapatkan silaturahim dengan orang luar. Bagi pengunjung yang datang melawat ke gerai gerai komuniti, pastinya mereka mengharapkan info yang berguna tentang adat dan kaum masyarakat setempat. Lazimnya, dengan pertambahan kapasiti pelajar  dari politeknik Mukah dan MRSM pasti memeriahkan lagi pesta kaul ini.. 

 
Doh tebaloi

tebaloi yang telah siap.. 


Pesta kaul ini juga adalah tempat untuk mempromosikan kuih tradisional masyarat melanau. Malah, dengan adanya gerai gerai komuniti ini, pengunjung boleh membeli kuih tradisional dalam bilangan banyak ataupun dijadikan sebagai buah tangan untuk dibawa balik. Mukah adalah cukup sinonim dengan tebaloi, sagu, tupik, bahulu dan sebagainya. Bagi yang belum hadir ke tapak pesta kaul, maka bolehlah berkunjung ke gerai komuniti untuk mendapatkannya.. Mudah bukan? bagi yang tidak begitu arif dengan selok belok jalan di Mukah dan sukar untuk mencari kawasan parking di kawasan Pasar, boleh la terus datang ke gerai komuniti untuk membelinya.. 

 
tepung sagu
keropok ikan
kuih tradisional
sagu 

Jadi. apa tunggu lagi.. 
Marilah kita sama sama meriahkan Kaul Mukah 2013 ini.. 


teluwaih jinih!! :)


Next Entri

Kaul dalam kepelbagaian~ 

Friday, April 26, 2013

Kaul; Pestamu Ku Tunggu.. :)


Semalam dah update sedikit intro mengenai Pesta Kaul yang kini sedang berlangsung di Mukah. Jadi hari ini mahu bercerita mengenai sedikit aktiviti yang  sedang dijalankan. 

Baiklah tarikan utama yang terlihat pada pesta kaul adalah aktivitinya. yang mana, setiap aktiviti, pameran persembahan dan pertandingannya adalah ditunggu tunggu oleh warga tempatan. Buktinya, rela berhujan. Sibuk dengan aktiviti seharian, Kaul tetap jad topik perbualan. :)


ini adalah tentatif program untuk hari ini. 

Menarik bukan? saya lampirkan sedikit gambar untuk memberikan sedikit gambaran aktiviti yang sedang dijalankan


Uniknya pesta kaul ini, penduduk tempatan akan memperlihatkan kepada pelawat yang hadir ke tapak pesta untuk cara untuk membuat sagu secara tradisional. haa.. di sinilah uniknya.. bagaimana mereka memperlihatkan kepada anda bagaimana sagu itu diproses. dengan menggunakan tulang empat kerat.. kau mampu? Selain memerlukan kekuatan fizikal, prosesnya adalah memerlukan ketelitian dan kesabaran. itu adalah tarikan utama, walaupun kini telah banyak peralatan moden yang boleh digunakan. Namun dengan adanya aktiviti sebegini, kita akan dapat melihat sendiri bagaimana asas sagu itu dihasilkan. kalau waktu biasa, ada orang sibuk nak suruh kau tengok, explain itu ini? ;) 


Proses membuat sagu adalah sangat memerlukan ketelitian. Dengan adanya aktiviti ini, kita sendiri akan dapat melihat dan merasai sendiri ketelitian dalam memproses sagu.Sedikit info bagi yang tidak mengetahui apa itu sagu.. 


sagu ini berbentuk kecil dan berwarna coklat keperangan. Ianya berbentuk bulat hasil daripada ayakan di dalam rawa(tapis) khas. Dahulu makanan berbentuk bebola dan sebesar saiz kacang ini merupakan makanan ruji komuniti melanau. Difahamkan ketika Jepun menakluk Sarawak dalam awal tahun 1940-an, ia merupakan antara makanan ruji penduduk di kawasan Mukah. 

Jadi bagi yang telah hadir ke pesta kaul pada hari ini, sudah pasti anda sudah mengetahui serba sedikit mengenai proses pembuatan sagu secara tradisional.. 

Tarikan kedua aktiviti yang dilihat pada hari ini ilah teluwaih jinih. yang membawa maksud anak gadis yang cantik. Ini adalah tarikan lazim. Lazimnya bagi peserta Ratu kaul yang telah sampai ke peringkat final adalah peserta paling kabaabooommm.. Mantap dan hebat. Kerana telah menelusuri fasa fasa sebelum ke final. Yang pasti peserta yang masuk pastinya cantik cantik belaka. Mereka akan mengenakan kostum melanau di samping perlu memperagakan busana, menari dan ditanyakan soalan. Cukup syarat untuk menjadi ratu kaul.. Tahniah kepada yang telah memenangi Ratu Kaul pada tahun ini.. :)

Sebenarnya ratu kaul ini bukan sekadar melihat kepada kecantikan semata mata, namun ia memberi peluang kepada gadis muda untuk menggarap sedikit peluang untuk tampil di hadapan orang ramai dengan lebih elegan, berkeyakinan dan berilmu pengetahuan.. 

she is one of my schoolmate.. credit her for this picture.. 

Apa yang penting bagi peserta kaul ini adalah lebih untuk mendapat keyakinan dan pengalaman baru untuk dimodifikasi untuk digunakan masa hadapan. Siapa tahu selepas menyertai pertandingan ratu kaul ini, ada yang menceburkan diri dalam bidang peragaan, fotografi lakonan, pengacaraan dan sebagainya. Ini adalah tapak asas kepada penyertaannya. Uniknya kebanyakan peserta yang telah mara ke final lazimnya telah menyertai pertandingan lain untuk mengasah minat mereka untuk sampai ke tahap ini. Dengan sentuhan mekap yang dipadankan dengan pakaian tradisional akan menyerlahkan lagi keanggunan dan kreedibilit masing masing. Mana tahu lepas ni ada yang berminat untuk maju ke bidang lain pula ;) 
Tahniah kepada semua peserta.. 
:)


Ratu Kaul 2010
Credit her for this picture.. 

Ratu Kaul 2012

Teaser : Esok aku update sebab tak suprise la update memalam cmnie.. 


Kaul Connecting Each Other.. 
;) 

Teaser untuk update esok.. 





Thursday, April 25, 2013

Kaul? Ada Apa Denganmu..





Kaul Mukah adalah simbolik kepada pesta kebudayaan tahunan yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Sarawak.. Pernah ada yang bertanya, anda berasal dari mana? Sarawak.. Bahagian? Mukah.. dengan pengenalan ringkas itu, cukup la disinonimkan Mukah mempunyai identiti sendiri, Kaul, Umai, Seraheng, Sagu.. Tebaloi.. cukup dengan satu nama. Mukah itu membawa seribu makna. 


Dahulunya, Kaul adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa lalu,Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkanroh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau Pagan.Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Tetapi kini Kaul adalah satu festival utama yang menjadi tarikan pelancong.. 

Baiklah dengan sedikit intro itu, anda sudah pasti dapat menjangka Kaul itu sebagai pesta keramaian bukan? :) Baiklah, atas perkongsian sahabat handai, saya ingin berkongsi beberapa gambar yang dapat dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin berkelapangan untuk datang ke Tapak Pesta Kaul ini..


saya paparkan apa aktiviti yang lazimnya akan dilakukan.. Gambar di bawah ini adalah kawasan pesta kaul.. Lazimnya, tempatnya akan dipersiapkan dengan khemah yang dihias dengan pelbagai reka bentuk mengikut kawasan dan kaum.. Kebanyakkannya akan hadir dengan identiti sendiri. Ada yang membuat rekaan daripada kayu. Ada yang menghias menggunakan langsir, dan lain lain peralatan. Buluh pun ada tau ! :) 





Ini adalah gambaran dari  kanopi di tingkat atas. Kebanyakan gerai gerai dan pondok pameran akan disusun secara berdekatan bagi membolehkan pengunjung membuat lawatan. Lazimnya di tengah tengah adalah kawasan pentas untuk upacara rasmi dan keramaian seperti persembahan tarian, nyanyian dan sebagainya. 



Tidak sah rasanya Kaul tanpa tibow.. Tibow yang kini berada di Tapak Pesta Kaul dibina dan didirikan semula ketika aku menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat kontaktor sekitar Mukah. Lazimnya Tibow akan  dhias dengan bendera kecil atau sedikit perhiasan ringkas kerana ia adalah tarikan utama untuk berayun. Pernah dahulu pensyarah universiti ku bertanya, adakah seorang gadis melanau akan memilih jodohnya dengan melihat kepada lelaki yang boleh bermain tibow dengan baik. Aku mengiakan tidak, menjawab bukan pun  tidak. Itu mungkin persepsi dan  sejarah yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Yang mana, mungkin betul, mungkin juga tidak diamalkan oleh semua bangsa melanau di sini. Tetapi sebenarnya tibow ini adalalh satu permainan yang menguji keberanian dan keyakinan. Kalau tak berani, jangan lompat :) 


Rasanya sedikit penceritaan ringkas itu cukup untuk memberi sedikit mukadimah tentang bagaimana dan apa aktiviti yang dijalankan semasa kaul. Saya sajikan anda dengan sedikit teaser hasil gambar yang telah diuploadkan oleh sahabat saya. saudari Amalina.. :) Credit to  her for this picture.. 

Antara alatan tradisional yang digunakan oleh masyarakat melanau  yang menjadi pameran..

Persiapan pentas dan gerai komuniti yang telah siap :)


Sekian dulu untuk enri kali ini sebagai warming up :)

Next entry i will update about 



Refleksi : Anak jati melanau kena update entri pasal kaul.. :)
Baru identiti melanau itu tak luput dek hujan tak lekang dek panas..  
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah