Tuesday, April 30, 2013

Kaul; Berjimat Sambil Berpesta

Ramai yang berpendapat bahawa, apabila adanya pesta keramaian seperti Pesta Kaul ini akan membawa kepada keborosan berbelanja. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan untuk Pesta Kaul yang akan datang.. *entri sebelum ini lebih kepada aktiviti dan pengenalan pesta, kali ni nak bagi tips pulak* 

Kepada yang belum membaca mengenai Entri Pesta Kaul, anda boleh halakan mouse ke sebelah kiri. Klik pada tab Kaul. Semua post sebelum ini ada di situ.. :) 


Baiklah, mari kita baca tips di bawah untuk perkongsian bersama.. :) 






Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk ke Pesta Kaul Jika anda mahu merancang untuk datang ke Pesta Kaul, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan untuk Pesta Kaul ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda. Jadi anda tidaklah terpaksa berlapar perut kerana tidak cukup belanja semasa kaul bukan.. :)



Bajet semasa Pesta Kaul 

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda berada di sekitar Mukah, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa berada di sini adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan.


Tempahan awal


Ini adalah masalah lazim bila menjelang pesta kaul. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah hotel atau rumah tumpangan lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah agak sukar tidak begitu bernasib baik. Alamat ada pulak yang tidur dalam kereta. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa berkaul di Mukah. Mudah saja, anda perlu menelefon awal dan membuat bayaran pendahuluan.




Berkaul bersama keluarga


Jika hadir ke pesta kaul bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Adalah lebih selesa dan menjimatkan untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa berada di Mukah, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang cukup. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting. Antara peralatan yang boleh dibawa sebagai kelengkapan adalah rice cooker. Di mana anda boleh memasak sendiri nasi. Mungkin multicooker juga boleh di bawa bersama. Jadi anda boleh save bajet untuk sarapan dan makan malam :)






Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke Mukah, pastikan anda mengetahui serba sedikit selok belok jalan untuk ke tapak pesta. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat di sekitar Mukah. Mungkin setelah penat di Pantai Kala Dana, anda ingin pergi ke Medan pula. Medan adalah cukup glamour dengan ABC yang memberikan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang cepat dan selesa. Anda boleh duduk makan di sini sambil makan mee kolok di kedai Man Mee.. Aw... tetiba lapar..






Pengangkutan

Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Contohnya anda ingin berjalan di sekitar Kampung Tellian untuk melawat ke Lamin Dana, atau melawat sekitar bandar Mukah, anda digalakkan untuk berjalan kaki jika jaraknya adalah dekat. Jika jauh, bergeraklah secara berkumpulan dengan berkongsi kenderaan. Justeru, anggaran perbelanjaan perbelanjaan kaul anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai bersama teman teman.







Ole-ole/ buah tangan

Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke Mukah untuk mendapat info yang sahih dan jelas. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.






Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan untuk ke Tapak Pesta Kaul untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Manalah tau ketika anda leka melihat pengunjung bermain tibow, anda diseluk saku. Dana ini disarankan disimpan di dalam Bank. Dana ini juga boleh membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.



Ha.. itu sahaja. sekian tips dari saya..Semoga tips ini anda boleh aplikasikan untuk kaul yang akan datang. Bukan setakat kaul, anda boleh amalkan tips ini untuk bercuti atau berkhemah bersama keluarga.






kepada sesiapa yang hadir ke Tapak Pesta sudah pasti tahu di mana lokasi khemah ini bukan..
Ini juga satu tips penjimatan untuk orang bujang yang inginkan cabaran dan merasai peluang untuk berkhemah di tepi pantai..
Anda boleh aplikasikan ini semasa datang berkaul di Mukah..

Kita Berkaul adalah lebih kepada motif untuk bergembira dan berpesta,  jadi, marilah kita mengurangkan belanja... 

*tips ini amat berguna kepada pelajar yang masih menuntut di PMU atau UITM juga.. * Mohon simpan ptptn anda untuk perkara yang lebih utama ;) 
kerana aku student.. aku mengerti.. :) 


Anda juga boleh membaca entri kaul lain dengan menghalakan mouse pada sebelah kiri. Klik pada Tab Kaul.. 




Terima kasih.. 





No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah