Friday, October 4, 2013

Adrenaline Rush Katanya ^_^

As salam semua.. ini dah masuk minggu ke empat. agak lama dah aku tak post gambar dan entri terkini berkaitan aktiviti sejak dah masuk semester enam nie.  boleh la dikira busy sejak 2 minggu yang pertama aku dah dilanda headache yang agak teruk... 


Dalam minggu pertama dan kedua. fokus kerja dan tugasan lebih kepada persiapan RPH untuk tugasan KPD. Syukur alhamdulilah.  Setakat ini proses pengajaran dan pembelajaran KPD berjalan dengan lancar dan sempurna. Untuk tugasan yang pertama, aku kurang sangat membantu. Apa pun terima kasih teammate yang sentiasa tolong menolong.. thumbs up for them. 




Untuk task yang kedua kumpulan aku dapat lompat tinggi. Ahahah. first impression aku dapat tajuk tu.. Terkejut gak. Sebab aku kalau bab lompat tinggi nie. aku cuak jugak. Tapi.. sebab itu adalah keperluan utama.. maka aku pun berusaha la bersama teammate untuk siapkan RPH dan siapkan drill. Lucu jugak bila tengok balik media kit yang aku buat. takpe la. asal ada kan.. 

ini adalah media kit untuk lompat tinggi.. sebab aku dah gementar sangat pagi tu.. set induksi tu. entah ape la benda yang aku tertinggal sampai lupa nak cakap ape =_=
kata exicited nak ngajar.. hahaha.. 

Untuk minggu yang ketiga dan keempat pula aktiviti sukan rekreasi dah bermula.. ini adalah adrenaline rush fasa 2.. Semester ni aku ambik ikhtisas rock climbing. Memang lemah lutut naik tinggi. Lebih lebih lagi sukan rock climbing ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kekuatan kaki dan tangan adalah perlu untuk samapai ke puncak katanya.. 


dan khamis lepas adrenalin rush fasa 2 di sungai samak dalam ikhtisas whitewater rafting.. kih2x.. aku nie kalau bab sukan tinggi, sukan air, memang aku gayat. maka haruslah teammate aku orang yang kuat semangat dan tinggi semangat pasukannya. ada 24 orang.. takkan la nak masuk 24 orang satu raft tu kan.. so kena la bahagi sama rata sama ada suka ataupun rela.. kih3x.. teammate aku minggu lepas adalah yun, mala stephen ngan nick.. penat jugak aku mengayuh paddle tu.. sebab air agak cetek.. dan yang bestnya kami terpaksa angkat raft tu melintasi pokok tumbang.. kih2x.. 



=_=

sekian untuk entri hari nie.. 
malam nanti nk update pasal karnival sukan tahunan kolej pulak.. 

selamat berhujung minggu.. 

:) 

No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah