Saturday, November 16, 2013

Kejohanan Sukan Fakulti Fasa 1

Salam semua.. di kesempatan hujung minggu ini ingin mengupdate beberapa cerita untuk dikongsi pada minggu ini.. Bersempena dengan Kejohanan Sukan Fakulti.. Lazimnya Galacticos akan menghantar penyertaan. Maka, pada kali ini, sekali lagi warga galaxy muncul semula menghantar pasukan Bola Jaring dan juga Futsal dengan kombinasi pelajar Coaching dan juga Pendidikan Jasmani.. 


Sistem pertandingan pada kali ini adalah dijalankan secara liga. Pasukan Galaxy telah menghantar dua kumpulan pemain untuk futsal dan satu kumpulan untuk pasukan bola jaring... 


Permainan telah dimulakan pada Isnin lepas sekitar jam 830 malam, di gelanggang KZ. Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir.. 


Untuk bola jaring, Galaxy telah berjaya merangkul sebagai Juara Kumpulan B dan mara ke separuh akhir... Tahniah kepada semua pemain yang telah bermain dengan jayanya. Tidak dilupakan juga kepada pengurus yang banyak membantu dan sentiasa hadir memberi sokongan ketika perlawanan ini berlangsung... 


Bagi futsal pula, Galaxy PJ  juga berjaya bermain ke separuh akhir kalau tak silap.. Namun, tidak dapat disaksikan kerana semua warga galaxy telah bergegas untuk hadir menghadiri taklimat  LM pada hari Rabu yang lepas.. 


Untuk pasukan Bola Jaring wanita, tahniah sebab dapat sampai ke peringkat ini.. untuk semua penyokong yang hadir.. terima kasih banyak banyak sebab memberi sokongan padu dan semangat yang membina sepanjang perjalanan berlangsung.... 



Walaupun kita tidak bernasib baik di separuh akhir.. Namun,  semoga dengan pencapaian ini akan menaikkan semangat kita untuk menjadi guru yang dapat melatih pasukan bola jaring semasa di sekolah nanti.. 

ni gambar masa open kz :p
wakil uklk katanya.. 

p/s : paragraph last adalah peringatan untuk diri sendiri.. ekekeke.. :p

next entri, aku akan upload gambar lain.. baru fasa 1 kan.. ;P 

Credit all this photo to nick_nippo :) 

No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah