Friday, December 25, 2015

Pengalaman Temuduga Pertama Selepas Konvo

Temuduga adalah istilah yang ditunggu tunggu lebih lebih lagi tamat pengajian dan sudah bergraduat November lepas. Setelah penat menghantar resume online, pos laju, pos berdaftar.. setem.. hinggalah kepada hantar by hand ke sekolah... ke pusat perhotelan.. semua dah..akhirnya.. di suatu petang jumaat yang hening.. dapat lah offer yang pertama di Tshung Tshin Tenom...
Namun, setelah difikirkan. offer di Tenom dilupakan buat seketika atas faktor jarak dan keluarga.. maka, berdoa lah setiap hari sambil melihat news feed di fb.. group.. mana tau ada job kann...

berminggu minggu pun berlalu....

Emel 
Usai solat maghrib.. dapat la emel notification di hp kakak.. yea la.. semua aku pakai emel aku.. bukak emel.. dapat la panggilan temuduga lusa.. di Miri.. Mak aiiih.. cancel semua plan nak pergi ke majlis kawen kengkawan.. di saat rumah pengantin syiok berkaraoke.. aku bersengkang mata menyusun sijil, membuat persiapan temuduga.. print RPH.. buat ABM.. susun sijil.. semua memang buat last minute... rasa nak menangis pun ada... hahaha.. ambik kauuuuu....


Tiket Habis 
Settle semua.. keesokan paginya.. bersiap siap la ke Miri.. nasib baik kakak aku boleh teman.. kira nak mintak moral support la ni.. Apakan daya.. sampai di terminal.. tiket sold out.. kau bayangkan hazab tu camana.. dah siap bawak lagguage semua.. tiba tiba sampai kaunter tiket habis.. kalau vacation boleh la cancel.. kalau interview.. merana lah aku..

Bangku oh bangku..
Namun.. setelah kaw tim dengan driver.. aku pun berkorban fizikal dan mental untuk bertahan menempuh perjalanan di dalam bas dengan hanya duduk di kerusi bangku yang tak boleh nak bersandar pun.. tips kalau kena macam ni.. kau kena pandai cari tempat kau boleh lean on.. cari seat tengah.. lokasi bukan bawah air cond.. jangan duduk belakang.. sakit badan.. sakit hati.. hahahaha.. maka perjalanan dari Mukah ke Bintulu.. dengan harapan ada la penumpang yang akan turun.. tapi hampeh.. :(

Hasil kesabaran.. sampai la ke Bintulu.. dapat la jugak seat.. kalau tak. merana la nak sambung perjalanan ke Miri yang beratus ratus km lagi...

Persediaan Teori
Sampai di Miri.. persiapan sebelum temuduga memang aku tak tau nak cakap ape dh.. aku google semua info berkenaan pendidikan, teknologi.. pentadbiran.. semua memang aku google.. siap buat short note lagi.. macam nak duduk final exam pulak rasanya...

Telefon Sekolah 
Pagi temuduga tu, aku memang call dari jam 8 pagi.. selang setengah jam, aku call lagi.. sampai tengah hari.. fungsi aku call adalah untuk menyatakan status kehadiran ke temuduga.. tapi hampeh.. bagi aku, adalah lebih selamat sebenarnya.. sebab at least korang boleh dapat tips serta info tambahan mungkin berkenaan maklumat temuduga, siapa panel dan sebagainya.. akan tetapi sebab call aku takda orang angkat.. maka aku pun pergi la ke temuduga berkenaan dengan semangat waja tanpa sebarang info...aku mula bersin bersin dalam kereta.. maka.. aku telah diserang selsema di hari temuduga.. nasib baik aku ada bawak tisu.. kalau tak..

Sampai je kawasan sekolah, aku tengok sekolah tu sunyi je.. aku dah mula tak sedap hati.. tengok notis di kertas yang sekolah tampal kat tiang.. Sekolah tutup.. cuti.. mak aih.. apa lah erti pengorbanan aku duduk di bangku dari Mukah ke Bintulu.. aku dah mula down... nasib baik la anak buah ngan abang kakak aku.. boleh la aku chill sikit sikit..

Perang Fizikal Mental.. 
Jalan maju sikit ke depan.. jumpa la Penolong Kanan.. aku terus masuk interview. dengan bersin bersin.. masuk la ke bilik berpenghawa dingin.. makin menjadi jadi bersin aku..  ikut formaliti macam biasa, perkenalkan diri... aku pun isi form.. lebih baik kalau bawak pen. nasib baik aku bawak 1 pencil case. boleh la isi borang.. borang memang fully english la. bagi aku borang yang sekolah tu bagi memang macam soalan exam. siap tanya lagi, apa definisi pendidikan bagai. jenuh aku tulis..lama la jugak aku isi borang tu sambil mengelap hingus yang bersisa.. memang serius tak selesa... aku duduk di bilik berpenghawa dingin. Kanan aku rasa bilik Guru Besar...

Habis isi borang.. aku pun diinterview secara lisan. aku rasa memang awkard gila.. dengan hidung yang tak selesa.. telefon yang mintak diangkat dalam pejabat.. aku pun kuatkan diri. ingatkan semula apa misi aku untuk ditemuduga.. maka lepas lah jawab soalan dengan English yang aku rasa perlu diperbaiki lagi. Level of Confident tu dah ada.. cuma perlu polish lagi..  hahaha..

Asasnya, interviewer akan tanya, family background..pengalaman kerja..dan dia akan ceritakan sikit sikit pasal sekolah. aku pun dengar je. sambil aku borak la sikit pasal sekolah aku ngajar dulu. jangan asyik dengar je.. kena bagi feedback sikit. kalau dengar je.. nampak sangat kau tak paham.. dan kau punya confident nak cakap tu takde.. kena berani sikit.. haha..

borak punya borak.. tiba tiba Penolong Kanan tu bagi 1 set kertas soalan darjah 6 Sains. versi bahasa Inggeris.. Penilaian dibuat berdasarkan kebolehan awak menjawab soalan. Ok fine.. aku pun jawab je la.. soalan KBAT yang entah apa apa.. dengan English aku yang tunggang langgang.. aku pun jawab sambil dengar suara anak buah aku nangis kat luar.. tengok.. betapa tak fokusnya aku semasa interview...

Interviewer tu pun bagi peluang aku jawab soalan dan pergi kepada candidates lain... aku pun menjawab dengan sendu di dalam bilik berkenaan. Aku pun pulun je la jawab. Akhirnya kertas tu pun siap. pendek kata, ASAL SIAP sebenanrnya.. aku dah tak tahan sebab selsema. stok tisu dah habis.. aku pun mengambil keputusan ASAL JAWAB.

sebelum aku beredar.. penolong kanan berkenaan fotostatkan dokumen berkaitan yang terkini, sebab salinan yang ada pada mereka, bukan salinan terkini. Adalah lebih baik, fotostat awal sebelum interview yang dah update. Incase kalau mereka mintak macam aku. Tak berapa elok sebenanrnya, sebab potensi untuk hilang tu tinggi. Agak berisiko, main tarik tarik sijil, kot kot tercicir.. so be prepare la.. :P

Keluar je dari bilik interview.. aku pun terus kembali bersama keluarga.. moment dah keluar tu tak tau nak cakap ape.. tengok anak buah aku yang berPJK di luar.. kesian sangat.. kesian dengan baby kecil yang terpaksa tunggu mak sunya habis interview..  Keluar pagar sekolah terus makan...


Kesimpulan dari pengalaman ini, aku rasa aku belum matang dalam menjalani interview.. hahaaha.. mungkin aku perlu membuat persediaan yang lebih rapi lain kali... terima kasih sekolah di Miri sebab memberi ruang dan peluang..

peratus berjaya : 35 %
peratus pergi sekiranya berjaya : 25%

ini adalah berdasarkan penilaian dan hipotesis awal yang aku buat setakat ini. Ini adalah kerana, sepanjang conversation semasa interview.. aku rasa banyak kurang dari lebihnya sekolah ini.. apa pun, kena tunggu feed back sekolah tu dulu.. mana tau boleh bayar tinggi sikit.. :P living cost Miri mahal hooo.. hahahaha...

Sekian.. :P


No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah