Wednesday, February 24, 2016

Hasil Tangkapan Ikan di Mukah

Mukah begitu sinonim dengan hasil laut seperti ikan dan udang. Apabila menjelang musim tangkapan yang banyak, ikan dan udang ( payak) boleh dibeli dan diborong dengan harga yang berpatutan. 

Lazimnya untuk mendapat hasil laut yang segar, penduduk tempatan akan datang ke pasar ikan pada waktu pagi. kebanyakan nelayan akan menjual dan menghantar hasil tangkapan pada waktu pagi. 

Ketika hujung minggu, pasar ikan Mukah menjadi sesak dan menerima kunjungan yang memberansangkan. Ramai di antaranya yang memborong untuk dibawa keluar dari Mukah, ada yang membeli untuk jualan di restoran dan ada juga yang membeli untuk makanan sendiri. 





Seringkali dilihat ada juga yang tawar menawar untuk mendapat harga yang diinginkan. Antara ikan yang sering menjadi tumpuan adalah ikan bawal, tongkol, kembong dan udang (payak).



Bagi yang ingin merasai Umai. Anda boleh membel di Pasar Ikan beserta dengan pencecahnya. Lazimnya kini umai ini dijual dalam belasan ringgit bagi satu kontena saiz sederhana. Bagi yang ingin membawa umai untuk dibawa balik dalam lokasi yang jauh, anda boleh meminta ais tambahan bagi mengelakkan umai itu rosak sebelum tiba ke destinasi. 


Terdapat juga beberapa peniaga tempatan yang menghasilkan paeh ikan dan paeh udang. Paeh adalah ikan atau udang yang dibakar dalam daun. Di Mukah, apabila menjelang musim udang, banyak gerai gerai di kampung yang menjual paeh. Maka, kepada sesiapa yang ingin merasainya, boleh lah berkunjung dan bertanya kepada penduduk tempatan di sini. Lokasinya adalah tidak tetap dan bergantung kepada hasil tangkapan ikan setempat.  



Semoga hasil tangkapan ikan di Mukah sentiasa berhasil. Saya selaku warga tempatan bersyukur kerana dapat menikmati hasil tangkapan ikan yang segar. Syukur alhamdulilah... 

credit this photo to Mukah oh Mukah Page 



Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah