Kampungku

Apabila menyebut pasal kampung, pasti kita akan teringat kedamaian dan ketenangan. Setiap kampung mempunyai tarikan dan kebudayaan tersendiri yang membuatkan penduduknya merasa bangga dan kagum dengan kampung masing masing. Maka dengan itu, saya juga merasa bangga dengan kampung yang telah saya diami sejak berumur 7 tahun lagi. Walaupun saya tidak dilahirkan di Mukah, namun melihat kepesatan dan pembangunan yang berlaku di sekeliling membuat saya terdetik untuk menulis sedikit info berkenaan Mukah. Jadi kepada sesiapa yang ingin mendapat info berkenaan Mukah, boleh la baca entri di bawah. Selamat membaca :) 


Senarai Penulisan Berkenaan Bahagian Mukah :) 



  1. Perkembangan Institusi Pendidikan di Mukah 
  2. Perkembangan Institusi Pendidikan di Mukah 2 
  3. Tarikan Pengunjung ; Anggun Beach Homestay & Cafe
  4. Tarikan Pengunjung; Tunjang D' Chalets Sg Sebuloh Balingian 
  5. Tarikan Pengunjung; Petanak Beach Chalet & Cafe
  6. Entri Info Kaul: Apa itu Kaul?
  7. Entri Kaul; Tarikan aktiviti Pesta Kaul
  8. Entri Pesta Kaul ; Uniknya Kaul di Bahagian Mukah 
  9. Entri Pesta Kaul; Info Tibow 
  10. Entri Pesta Kaul; Kemeriahan Kaul Bahagian Mukah 
  11. Entri Pesta Kaul; Warna Warni Pesta Kaul Mukah
  12. Entri Pesta Kaul; Keunikan warisan tradisi Melanau 
  13. Entri Pesta Kaul; Pesta Bermukun di Pesta Kaul 
  14. Entri Pesta Kaul; Aktiviti Ritual Kaum Melanau 
  15. Entri Pesta Kaul; Gambaran di Tapak Pesta 
  16. Entri Pesta Kaul; Warisan Seni Budaya
  17. Hasil Tangkapan Ikan di Mukah 



 Sedikit Info berkenaan Mukah


Mukah merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak dengan keluasan 2,536 km persegi. Kawasan pentadbiran bahagian Mukah meliputi bandar Mukah, pekan Balingian dan Selangau mengikut pembahagian kawasan terbaru, Dalat turut dimasukkan dalam bahagian Mukah. Bandar Mukah yang didirikan di tepi Sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 3.5 jam perjalanan dari Sibu. Ia dibuka oleh orang tempatan dan kemudian ditadbir oleh residen ketika pemerintahan James Brooke. Mengikut banci tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dengan kebanyakan mereka berbangsa Melanau.
Mukah mempunyai banyak keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan, dan lain-lain. Mukah menjadi pusat kebudayaan orang Melanau dan "Pesta Kaul" yang diraikan pada bulan April oleh nelayan tempatan merupakan salah satu acara tahunan yang penting di sini.Kawasan di persekitaran Mukah ialah tempat penanaman sagu yang penting. Kini, pembandaran telah dilakukan dengan pesat untuk menarik pelabur asing datang ke Mukah.







No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah